Wednesday, June 4, 2008

BUMI MERAJUK DAN MENANGIS

manusia oh manusia....

Dalam suasana kita yang sekarang di kelilingi indah dengan kuasa dan duit serta ketamakan mencari harta..kita semakin lupa dengan kesan ia kepada alam sekeliling kita yang dulunya indah damai aman sentosa…hirupan udara segar yang bersih..ketenangan fikiran melihat gunung ganang yang menghijau..pukulan ombak di pesisir pantai yang boleh menangkan fikiran di kala terhimpit dengan masalah hidup…di kala kita seronok membaca surat khabar…membaca tentang janji janji palsu….meratap gambar2 yang inginkan popularitas semata2….merasmi pembukaan bangunan itu dan ini..projek besar di sini sana….kita hanyut dengan tersuratnya aktiviti aktiviti manusia sekarang…tapi leka pula dengan tersiratnya aktiviti kita sekarang…memandu kereta…pembakaran sampah…projek naik taraf hidup..pembalakan…bina bangunan baru itu ini..pemotongan bukit dan sebagainya banyak memberi impak negative kepada diri kita sendiri…mungkin ada setengah dari kita yang telah menyedarinya dan mungji juga yang buat2 tidak tau dan mungkin juga yang langsung tidak tau kerana di himpit dengan dunia kuasa,wang dan aircon di tandas mereka…haha mungkin di dalam baju mereka jugak ada aircon untuk mengelakan mereka teringat akan kesan yang telah mereka lakukan terhadap bumi..semasa saya menulis ne pun tiba2 plak hujan kuat..semasa balik dari class tadi..panas menggigit..ne menunjukka yang bumi sedang menangis huh…kesian ko bumi..manusia yang tinggal di atas kamu kejam2 belaka termasuk aku c pengguna bahan api paluncur tayar berinjin..

Saya ingin ceritakan pengalaman saya ketika dalam perjalan ke GIG mobsterfest yang diadakan di ranau..saya dan kawan2 saya bertolak dari keningau dalam jam 1030 pagi..sebelum perjalan.. driver bas tu pergi ke setesen minyak untuk mengisi minyak…saya sempat lagi melihat sekeliling saya…terlihat banyak kenderaan yang berpusu mengeluarkan asap entah hendak kemana..saya assume yang mungkin mereka ini semua keluar awal2 pagi untuk pergi kerja tapi ketika itu jam sudah menunjukkan jam 11 masa yang tidak sesuai untuk pergi kerja…tekaan saya terpelanting jauh.. rupanya hari itu ialah hari sabtu…hari remaja sedunia…hari di mana semua remaja di wakjibkan keluar memakai pakaian yang chantek2 dan di sunatkan berkenderaan untuk lebih kelihatan stylo dan mungkin jugak senang untuk memikat hati bunga yang sudah layu di hisap kumbang malam..saya tidak hiraukan sangat pasal mereka ini..saya yang pada masa itu exited dan gembira kerana sudah sekian lama saya ridak ke acara suka suka untuk pemusik2 indiepandent kerana sibuk dengan belajar..dalam perjalanan ke ranau hatiku merasa geram melihat suasana perjalanan yang tidak membuatkan saya berasa selesa…jalan raya yang hodoh berluak luak..driver bas yang men hentam saja…corner maut..dan pemandangan sepanjang pejalanan yang sangat membosankan…
Aku katakana sangant membosankan kerana kehijauan pokok yang boleh menghilangkan boring dan menunjukkan tanda kagum semakin hilang…di sepanjang perjalan hampir setiap kilometer ada sahaja tanah runtuh…jalan runtuh dan bukit yang botak kelihatan di sepanjang jalan….tidak samapai beberapa belas kilometer perjalan ada lg jalan runtuh…runtuh dan lagi runtuh yang menjadikan perjalanan kami terdelay seketika kerana bas itu terasa seperti malalui jalan kampong yang dianak tirikan dan tidak di peruntukkan naik taraf jalan oleh kerajaan negeri..atau mudah dikatakan seperti jalan raya di masa jajahan jepun….jalan berluak luak berbatu dan berhabuk…di sepanjang jalan menunju ke ranau melalui tambunan yang dahulunya sejuk tapi tidak seperti di Gunung Emas kini semakin panas…terlihat banyak bukit yang digondolkan tidak tahu apa tujuannya…mau di katakan untuk buat satu lagi menara berkembar tidak jugak kerana kawasan itu sungguh jauh dari penempatan dan tidak ada satu rumah pun didirikan di atas bukit itu…mereka ingin lakukan apa arh di tempat itu???tanam durian??kalau musim durian memang satu beban untuk memungut durian kerana durian yang jatuh mungkin akan terus bergulik jauh ke bawah bukit….tanam padi??sepertinya tidak ada sumber air yang dekat di kawasan itu…kalau ada pun saya rasa ia jugak satu beban untuk si petani…memang satu beban untuk melakukan sebarang bentuk penanaman di kawasan bukit kerana tenaga yang diperlukan harus di gandakan…harapkan bumiputera sekarang saya rasa tidak ada seorang pn yang ingin bekerja sendiri lebih2 lagi menanam sesuatu di kawasan buikit…saya yang seorang bumiputera pn tidak ingin bercucuk tanam di bukit…sepa lar gerangan manusia yang menelanjangkan baju si Sang Bumi ini??kesian kau bumi ditelanjangkan…mungkin inilah sebab kenapa si Sang Bumi merajuk….kerana dia malu di telanjangkan dan dia memberontak dengan meruntuhkan bukit dan jalan yang kami lalui untuk sampai ke Ranau…jika jalan itu sudah habis runtuh dan terputus mungkin tiada siapa lagi yang akan ke sana untuk menelanjangi dia (bumi)…kesian Si Sang Bumi dia telah menunjukan perasaan merajuk dia kepada manusia tapi tiada siapa yang hiraukan…
Di pertengahan jalan lagi…yang tadinya cuaca baik panas yang tidak terlalu panas,tiba2 hujan…saya rasa di dunia ini…jadual musim hujan dan musim kemarau tidak lagi sama…si Hujan dan si Panas kini sekarang tidak lagi ingin mengikut jadual mereka yang di tetapkan kerana mereka jugak turut merajuk kerana kawan mereka si Sang Bumi di kejami…si Sang Hujan dan Si sang Panas membantu bumi untuk menunjukkan kepada manusia akibat perbuatan mereka….banjir kilat di sana sini….panas dan hujan tidak menentu…tanah runtuh…gempa bumi dan gunung berapi memuntahkan lavanya dan sebagainya….di kota kinabau sebagai contoh..di sepanjang jalan likas atau di sepajang jalan UMS kita boleh lihat bagaimana rancaknya pembangunan Bandar baru… 1 Borneo the largest Hypermall in Asia dan Alam mesra salah satu pembinaan yang semakin rancak untuk disiapkan….Alam mesra yang langsung tidak mesra alam caitssss sialan…siapalah gerangan manusia yang menamakan tempat itu sebagai Alam Mesra…tempat itu sudah lar di kelilingi dengan bukit yang telah digondol dan di potong malah tempat itu jugak selalu berlaku banjir..sialan punya manusia yang inginkan keuntungan barguni2..
1borneo…caitssss tempat tu pun sama jugak…di depan pintu masuk tempay itu jugak selalu berlakunya jalan raya di tenggelami air ketika hujan…bayangkan jika berlakunya hujan kuat dan pada masa yang sama banyak orang luar dan dalam negeri berkunjung ke tempat itu….tidakka malu dengan suasana tempat yang tercanggih di sabah penuh dengan kuasa mesin…suasana seperti di Paris NY dan sebagainya tiba2 depan gerbang pintu masuk temat itu di tenggelami air..sebelum banggunan di lakukan di sana…tidak pula terjadi itu semua…saya rasa tempat laluan air yang sebenarnya telah tertutup dengan duit yang banyak hasil dari pembinnan tersebut…air melimpah kerana air tidak padai menggunakan duit itu untuk bershopping..huhhhh sungguh kejam manusia terhadap bumi…..kita dapat rasa dan lihat sekarang hasil perbuatan manusia sendirilar kita manusia terkena kesannya….banjir kilat dan gempa bumi seperti yang terjadi di Indonesia mahupun di China…..

Fucccccckkkk….aku penat menulis…aku tidak sanggup lagi bercerita tentang keganasan dan kekejaman manusia seperti saya melakukan onar terhadap Bumi…aku tidak ingin lagi teruskan…aku jugak terasa seperti ingin merajuk seperti yang bumi rasakan….aku jugak seperti ingin memberontak sama seperti bumi lakukan…huhhhh….manusia berkuasa dan berduit…kekejaman engkau kepada Bumi sama sperti kau negejami diri kau dan orang lain…kerana kau tidak tinggal di bulan mahipun di marikh…kau jugak tinggal di Bumi sama seperti manusia lain…kalau bukan hari ini kau rasa kesannya mungkin suatu hari nanti…aircon dalam bajumu akan tidak berfungsi lagi….

Bumi merajuk runtuhkan dirinya…Bumi Menangis banjirkan dirinya…
Kesanya dari manusia...mangsanya jugak adalah manusia…… +boy+

6 comments:

  1. lain kali tulis pindik2 seja baa.. terus terang aku nda mau baca masa ni.. nanti laa ya aku balik baca hehe :)

    ReplyDelete
  2. aku sudah baca.. hehe..cerita perjalanan ke ranau ja ka.. nda ada cerita time sampai di ranau ka haha :)

    ReplyDelete
  3. ... samer la aku pun selalu terkenangkan smua masalah ni. Sayang la, kurang komuniti online/tak online kat negara kita ni untuk people like us to initiate sometin to do. Aku nak menyumbang pun tak tau nak start kat mana.
    Anyway aku cari info pasal cam ner nak pg ranau utk mobsterfest 5 nanti. Accomodation bla bla. Susah la org perempuan neh (-_-")
    Boy, may oneday we can contribute to all these revolting ingorances in a much bigger scale.

    whimsical bronte,KL.

    ReplyDelete
  4. WOW! Blog yang panjang... haha

    ReplyDelete
  5. small voice, little actions can make a difference. ;)

    kurangkan penggunaan plastic. kalo brg yg kta bli tu sket ja, x pyh la bha mintak plastic. smpn ja dlm beg.
    jangan buang sampah merata2.
    naik kereta ramai2 (siok bha lgpon).
    kurangkan beli air mineral. bw minuman sindri time jln2.

    etc.

    urm. mgkn suma ne x la bt perubahan yg drastik. tp kalo dlm 10org, ada 5org yg amalkan benda2 di atas tu, krg2 jugak smph kan.


    ko ada nmpk ka yg d teluk likas tu? yg dkt jmbtn tu. gla. pnya byk sampah! skt mata, skt ati, SAKIT DUNIA!

    ReplyDelete
  6. sya nmpk ana....
    jan ckp di bawah jambatan
    di ostel sendiri....
    huhhhh.....tia tau lar...
    klu kita bertindak bersendiri x akan da prubahan ana....
    nasiblar masih ada komuniti kecil kita yg di sayangi ini....hahahaha

    ReplyDelete

Is it true this is abaut me??

keningau daerah fighter, Malaysia
Aku tetap aku....aku sebenarnya jarang becakap dan lebih memilih untuk mengamati,mendengar dan membuat kesimpulan di dalam otak aku sendiri....dan kalau aku ada mood untuk menulis, page ini lar yang akan jadi mangsa dengan penulisan hancurku..kalau tidak ada aku akan biarkan iya berlalu kerana aku juga tidak berapa suka dengan bebanan menaip...aku cuma akan bercakap untuk memberi idea tambahan dan mungkin dalam ketika aku separuh sedar kerana alcohol dalam badan...