Monday, June 8, 2009

Sudah Sekian Lama

Sudah sekian lama saya tidak menjngguk blog saya yang saya fikir hampir mati ini...tiba2 saya terasa seperti ingin menulis...saya ada bertanyakan kawan saya tentang blog ini yang saya katakan saya lama tidak menulis....seperti saya hanya meneruskan dan menjalani hidup seharian saya seperti tidak ada apa yang saya alami...alami apa-apa rangsangan dan tekanan positive negative menjalani hidup seperti biasa...selama 3 ari 2 malam saya pada minggu ini saya habiskan masa saya menumpang di rumah kawan saya yang jauhnya 15 minit dari hostel....banyak yang kami kongsikan...bercerita dan terus bercerita...menjalani hidup seperti biasa di kala berhadapan dengan hujung minggu yang saya rasa memang membosankan....selama 3 minggu kebelakangan ini saya alami benda yang sama....pergi class dan balik class....masak makan dan tidur...dan apabila cuti hujung minggu tiba...saya lalui hari saya dengan lepak bersama teman saya di rumahnya...setiap minggu saya lalui benda yang sama...

Cerita di hujung minggu pertama:
Watak: saya, akhdan, toola dan linda......
Masa kesesuaian: malam
Lokasi: tanjung lipat, sekitar kk (round2), sadong, rumah akhdan....
Duit yg telah di gunakan : minyak+minum+makan = RM 7 (saya)
Saya malas untuk ceritakan hari yang saya lalui pada hari biasa iaitu dari hari korporat hingga hari suci kerna saya laluinya hampir setiap hari benda yang sama....saya hanya ingin ceritakan kesenangan pada cuti hujung minggu...minggu pertama...saya di ajak keluar oleh teman teman saya untuk melepak sambil cerita cerita....banyak isu yang kami cerita...tapi pada minggu ini seperti kami tumpukan untuk menceramah dan menasihat seorang teman yang baru jugak tempuhi hidup di k.k.....penggunaan duitnya yang terlalu kerap dan boros buat kami sendiri rasa ia sesuatu yang tidak berbaloi meluat pun ada...tembak menembak tikam menikam menjatuhkan bom atom ke otaknya supaya dia ada sedikit perubahan untuk dia lebih memahami hidup di bandar yang besar dan material oriented ini....dia seperti mula memahami...dan harap harap dia dengan rela hati ubah sikapnya....bukan untuk kami tapi untuk dia jugak....

Cerita di hujung minggu kedua :
Watak : saya dan teman teman di keningau...
Masa kesesuaian : siang dan malam
Lokasi: Keningau yeaahhhh!!!
Duit yang telah di gunakan : makan+minum+minyak RM15 (minyak)patak sama akhdan dan linda...

Minggu ini saya rasa seperti lebih menyeronokan walaupun saya kadang kala rasa yang benda ne kadang membebankan saya kerana saya terpaksa untuk memandu selama 2 jam 30 minit...tapi saya tidak kisah sangat kerana saya memandu bukan untuk tujuan yang kurang pasti atau memang tidak pasti...ini adalah kerana saya menuju ke kampung halaman saya...(keningau walaupun nmpk boring..tapi ia tetap perkara pertama yang saya ingati kalau saya berada di tempat yang jauh) Saya, akhdan, toola dan linda bertolak dari KK tepat jam 530 selepas masa kerja akhdan tamat pada jam itu..kami lantas berangkat...singgah di shell jalan penampang untuk membeli minuman kereta dan jugak minuman kami berempat...Perjalanan terasa sangat selesa di sebabkan saya bertemankan 3 org kawan say tidak seperti biasa yang saya hanya bersendirian memandu pulang...banyak juagak cerita dan perkara yang lucu dalam perjalanan tapi saya tidak mampu untuk ceritakan semua...berkelakar dan ketawa...senaman muka....kami singgah sebentar di gunung alab untuk berehat sebentar...nescafe panas jadi menu utama kerna saya dan akhdan memesan benda yang sama...bercerita panjang di gunung alab...dan terbuka idea untuk menganjurkan gig di gunung alab...tujuan..sebab tempat tu sejuk dan best ...band luar akan lebih rasa terhargai dan lebih merasai sendiri keadaan di sesetengah tempat di sabah...di sinijugak para crusty2 tidak akan segan silu untuk memakai jaket hitam dan sleaveless full of patches...sebab tempat yang sejuk sesuai untk berpakaian seperti itu...kami teruskan perjalan...hantar linda d kampung sinsuron dan sampai di keningau pada jam 1015 mlm...stay kfcc sekejap tapi ada panggilan street...lalu kami berangkat menuju ke rumah si toola untuk berstreet...saya herry mimin toola akhdan dan alvin(sorry klu tlupa state nma)....street memang sudah jadi aktiviti utama....pada keesokan hari...mama saya mengejutkan saya untuk meminta pertolongan memukul gong di dewan kerna pada hari tu ialah hari kaamatan peringkat kampung...tetapi tidak semeriah dulu kerna sebab yang sangat menyakitkan hati...pengerusi yang di lantik menyibukkan diri di kaamatan yang juga berlangsung di KDCA penamapng kk..keadaan huru hara di kampung...kesian dengan mama saya saya terpaksa dengan keadaan yang lemas memukul gong...huuuhhh...saya boring dengan suasana hambar di kg, saya melarikan diri dengan panggilan street di rumah c toola....akhdan menggila pada malam itu...tapu best sebab banyak cerita issue yang di bincang...satu lagi minggu yang memang rutin kalau saya berada di keningau...huuhhh keesokan hari saya hanya lepak dirumah sehari suntuk...drum guitar bass....semua habis saya main...dan kembali semula ke kota keboringan keesokan harinya berdua bersama akhdan..bermula hari biasa yang akan saya lalui....class balik class masak makan dan tidur..................

Cerita di hujung minggu ketiga:
Watak: Saya, akhdan, hafes, terd, mierah, Danish, Badja....
Masa kesesuaian: Malam.....siang secubit....
Lokasi: Sadong, sekitar kk (round2), rumah akhdan....
Duit yang telah di gunakan : RM8 makan+minum+minyak(patak2)
to be continue..... (ngantuk...tidak larat menaip)

Is it true this is abaut me??

keningau daerah fighter, Malaysia
Aku tetap aku....aku sebenarnya jarang becakap dan lebih memilih untuk mengamati,mendengar dan membuat kesimpulan di dalam otak aku sendiri....dan kalau aku ada mood untuk menulis, page ini lar yang akan jadi mangsa dengan penulisan hancurku..kalau tidak ada aku akan biarkan iya berlalu kerana aku juga tidak berapa suka dengan bebanan menaip...aku cuma akan bercakap untuk memberi idea tambahan dan mungkin dalam ketika aku separuh sedar kerana alcohol dalam badan...