Monday, August 29, 2011

Dia Datang Dengan Ajarannya....

Sebelum Saya mula melalut...saya ingatkan yang post ini hanya lar review dari penulisan penulisan lainnya dan juga pendapat saya sebagai yang suka memerhati dengan peredaran maklumat...

Sebelum ini saya sempat buat sedikit review tentang freemason dan iluminati...dan ianya ter"delay' oleh sebab untuk mencari lebih banyak maklumat dan ianya terlalu banyak sehinngakan saya tidak dapat meneruskan kerana terlalu berbelit dengan pelbagai sumber dan idea penulisan lainnya...

untuk yang terlalu islamic..kamu boleh google search tentangnya di youtube "the arrival" ataupun melawat ke laman web wakeupproject.com

untuk pencari arah kiri...anda boleh menggoogle dan search tentang penentangan "neo-liberalism" penentangan "capitalism" mastermind "perang dunia pertama kedua" "rothschild family" "us president bloodline" etc..

Pencari arah kiri selalunya tidak berapa setuju dengan sumber dari pemikir islamic tentang benda freemason illuminati ne...disebabkan ia selalunya menyalahkan satu pihak dan terlalu racist... DAN SEBAGAI PEMBETULAN UNTUK PARA PENCARI ARAH KIRI...IA SEBENARNYA ADALAH BENDA YANG SAMA DAN PENGGERAKNYA ADALAH SAMA..IANYA TERANCANG...DARI CAMPAIGN ANTI RACIAL PREJUDICE UNTUK MEMECAH BELAH KAN MANUSIA DARI PERCANGGAHAN PENDAPAT PADA BENDA YANG SAMA...SUPAYA PERMUSUHAN TERJADI DIANTARA PEMIKIR....

Sebagai contoh Pierre-Joseph Proudhon adalah seorang sosialis dan ahli pemikir pertama menggelarkan dirinya anarchist...popular dengan hasil penulisan Property is Theft....berkawan dengan satu lagi penulis dan pemikir agung Karl Marx yang terkenal dengan penulisannya berjudul Capital dan juga marx ialah bapa Komunis...kedua dua philosopher ini wujud atas dasar menolak pembantaian pemerintah terhadap pekerja buruh...mempunyai tujuan yang sama...iaitu inginkan sistem layanan yang adil kepada buruh...tapi oleh kerana pebezaan pendapat melalui penulisan mereka lalunya mengakhiri persahabatan dan terjadinya dua kumpulan fahaman kiri yang saling bermusuhan demi mempertahankan pendapat...dua kumpulan yang berbeza pendapat TETAPI dengan tujuan yang sama dan musuh yang sama....

Seperti cerita di atas...ianya sebenarnya sama dengan apa yang terjadi pada ketika ini diantara pemikir, penulis mahupun politikus...pemikir yang islamic dan pemikir arah kiri dengan mengenakan pendapat terhadap issue dan hal2 yang sama...seperti issue freemason (neo-liberlism) dan iluminati...pemikir islam...yang mempercayai dalang semua ini adalah berpunca daripada orang2 berbangsa yahudi yang berfahaman zionist...ingin menyesatkan manusia dengan pelbagai fitnah sebagai tujuan meraih sokongan ramai terhadap syaitan sebagai persediaan untuk kehadiran DAJJAL pada akhir zaman ini...

Hal yang sama dengan pemikir arah kiri (anarchist-communist)...menentang neo liberalism(kapitalism) -sila google perbezaan antara pendapat arah kiri dengan fahaman mainstream terhadap neo-liberalism- sistem economi yang berorientasikan keuntungan semata tanpa mengira aspek buruk yang lainnya...percaya yang fahaman neo-liberalism ini telah menyebabkan banyak kesengsaraan hidup terutamanya kaum2 pertengahan dan miskin....peluang kesenangan yang sempit dan menjadikan demokrasi anjuran dan kawalan barat sebagai dinding pertahanan sistem economi kapitalis ini bagi menolak communism yang masih wujud...Dan sebenarnya semua ini didalangi oleh orang yang sama seperti pemikir islam percaya...iaitu kaum berbangsa yahudi fahaman zionist untuk perlaksanaan NEW WORL ORDER-NOVUS ORDO SECLORUM....

Pendalang ini begitu licik yang sehinggakan orang yang menentang mereka pun boleh mereka pecah belahkan dan saling bermusuhan disebabkan hanya percanggahan pendapat...ianya terjadi...orang orang yang tidak ingin tahu dan mengkritik penulis mengenai penulisan hal seperti ini seperti ada comment yang saya baca di salah satu blog tadi ialah orang yang paling senang terpengaruh dengan tindakan licik freemason dan illuminati...percayalar...didalam dunia ini bukan hanya kitab suci Alqur'an, kitab2 lainnya mahupun buku2an marxissm atau anarchissm yang hanya perlu kita ambik tau dan praktikkan...tapi ada benda lain yang lebih besar lagi kita perlu tau seperti perancangan2 freemason dan illuminati ini sebagai langkah kita berjaga2...Di malaysia...mereka sudah berjaya masuk dan meracuni pemikiran orang Malaysia...melalui sistem pentadbiran...sistem economi...social...malah rangkaian music dan televisi kita juga suda banyak dicemari dengan mesej2 masonic ini...

pemikir islam dan pemikir arah kiri...berhentilah berbalah tentang pendapat...musuh kita sama....kita cari titik tengah persamaan pendapat...usir ajaran freemason dan kuasa neo-liberalism dari lingkungan kita....Usir mana mana individu yang menganjurkan ajaran masonic...lawan kapitalism... <<< dan sebenarnya ini sangat mustahil kerana selagi kepala tidak di penggal...selagi itu kaki masih boleh berjalan...HAHAHAHAAHAHAH saya betul2 sudah melalut...dan saya tidak suka...terima kasih...

Sunday, August 28, 2011

Kerajaan jatuh...Pembangkang naik...Dan Kerajaan yang jadi Pembangkang naik Semula dan seterusnya...

Saya rasakan...kalau kerajaan sekarang ne jatuh dan pembangkang memerintah....rasanya...benda yang sama seperti kerajaan sekarang buat mungkin akan berlaku..seperti : -

Penggal pertama...berbaik2 dengan rakyat...
Penggal ke-dua...rakyat masih percaya...pentadbiran masih ok...tapi rasuah tetap masih ada...
Penggal ke-tiga....mula ada propaganda mempergunakan kepercayaan rakyat untuk kepentingan kroni...pembangunan yang tidak effective....penggunaan dana yang tidak effisien..
Penggal ke-empat...krisis dalaman party dan process saling menjatuhkan sesama sendiri berlaku..
Belum penggal ke-lima mesti/mungkin ada video porno baru....HAHAHAHA
Penggal ke-lima demonstrasi BERSIH lagi...inginkan kerajaan baru memerintah (yang dahulunya kerajaan dan jatuh jadi pembangkang dan di minta naik semula untuk memerintah)

HAHAHAHAHA.....DEMOKRASI....PROCESS ULANG KEMBALI....YANG JADI BODOH RAKYAT...YANG UNTUNG...AHLI TERPILIH DALAM PARTY UNTUK NGAP DUIT....

Kesimpulannya....demokrasi dan process berpolitik adalah process berulang dan tidak pernah sempurna.....manusia equal tamak....itu hakikat....

Saturday, August 27, 2011

Sumber mana yang betul.. sumber bercetak Keratan akhbar atau sumber internet Blog

Hari kelmarin saya secara biasanya akan membelek surat khabar...tidak lain dan tidak bukan harian metro dan sabah times untuk mencari berita berita lawak yang di publikasikan di keratan tersebut untuk menggelikan hati saya sendiri...terus terang...semakin hampir pilihan raya umum..semakin giat para sekutu kerajaan untuk meracuni pemikiran rakyat supaya jangan mempercayai sumber dari internet..sumber sumber seperti blog dan facebook..dan ini bermaksud sumber (menurut si sekutu kerajaan) yang bernas untuk dipercayai adalah media massa sedia ada seperti tv1 tv2 tv3 dan tidak diketepikan sumber alternative dari piring lengkung astro...saya semakin muak dengan kata kata yang kononnya sumber internet seperti blog dan facebook itu hanyalah fitnah dan tidak boleh dipercayai serta ianya hanya untuk meracuni pemikiran rakyat...padahal sumber sumber media massa yang sedia ada yang menjadi sarapan pagi makan tengah hari dan makan malam seharian seperti surat khabar dan channel televisyen juga sama seperti sumber sumber dari internet yang meracuni pemikiran...tiada bezanya...bezanya hanyalah pada para pembaca dan penonton...hendak dikatakan sumber blog dan facebook itu benar tidak jugak...kerna kebanyakannya sumber sumber yang dipublikasikan itu hanyalah untuk saling menjatuhkan...kerajaan..menggunakan media massa seperti tv3 untuk meracuni pemikran rakyat...pembangkang menggunakan sumber internet juga untuk meracuni pemikiran rakyat...kerajaan dengan utusan melayu berita harian dan tv3...pembangkang dengan harakah suara keadilan dan internet (blog facebook)....ianya sama sahaja....dan seperti yang saya katakan...sumber mana yang betul...ianya adalah hak rakyat sebagai pemerhati untuk memilih sumber mana yang perlu dipercayai...kerna itu adalah persaingan (politik pada pendapat saya) ...saya teringin sekali hidup dizaman dahulu seperti pak hishamudin rais pernah ceritakan dimana hak penulisan perkongsian pendapat dan publikasi adalah bebas dan tanpa sekatan...ianya seperti lagi murni berbanding dari sumber informasi sekarang kerana ia di pecahkan menjadi fitnah dan satu lagi...juga fitnah...bukan tidak boleh dipercayai...tapi sukar untuk dipercayai kerana setiap sumber informasi yang di pubikasikan itu semata2 untuk menjatuhkan yang sedang berkuasa mahupun yang ingin berkuasa...dan konklusinya...berhentilar berkata lawak tentang sumber informasi para pemimpin (kerajaan/pembangkang) sekalian...lakukan secara BERSIH..berhentilar mengatakan yang sumber internet itu meracuni...kerana kata kata kamu jugak secara tidak langsung bertujuan untuk meracuni...tiada beza...

Friday, August 26, 2011

Lagi Lagi heboh tv3

Agama di jadikan cerita politik secara tersirat...xcukup dgn crita ayam di hadapan masjid...cerita bakar church...dan sekarang kisah jenaka masjid yang invisible yang kononnya (kata tv3) tempat penyebaran agama kristian kepada orang2 islam yang rata2 mangsa adalah budak2..padahal setelah dislidiki...tempat itu adalar pusat tiusyen bg budak2 berbangsa india dan cina kerna tempat itu diduduki majority kaum cina dan india..apa kisah tersirat jika dilihat dari sudut politik dan kenapa dengan nama agama ia djadikan satu pemangkin untuk menganjurkan perbalahan agama dan kaum....semakin menjadi2 media massa kawalan pemerintah dikala masa hampirnya pilihan raya umum yang tidak lama lg akan berlangsung...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, August 7, 2011

Published with Blogger-droid v1.7.4

politikus

Dan kerna politikus itu mentadbir dana dan bukan memiliknya....politikus slalu berlawak jenaka...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Is it true this is abaut me??

keningau daerah fighter, Malaysia
Aku tetap aku....aku sebenarnya jarang becakap dan lebih memilih untuk mengamati,mendengar dan membuat kesimpulan di dalam otak aku sendiri....dan kalau aku ada mood untuk menulis, page ini lar yang akan jadi mangsa dengan penulisan hancurku..kalau tidak ada aku akan biarkan iya berlalu kerana aku juga tidak berapa suka dengan bebanan menaip...aku cuma akan bercakap untuk memberi idea tambahan dan mungkin dalam ketika aku separuh sedar kerana alcohol dalam badan...