Saturday, May 2, 2009

argghhhhh....

Sebentar tadi saya ada mengintai page Myspace suara anak muda....saya langsung ke album SAM kerana terattract dengan "new pic uploaded"....saya menatap sedih dan sakit hati dengan semua gambar yang di upload....walaupun dalam keadaan ketergantungan bilangan gambar yang hanya ada dalam 7 keping klu tidak salah saya tetap merasa iya satu perasaan yang menyakitkan hati...huuhhh bila lagi event seperti itu akan ada di tempat sendiri.....event yang injoinya tahap dewa terlepaskan...iya seperti melepaskan peluang untuk menjadi kaya dalam masa sehari dengan hanya goyang kaki... ( iklan terfofuler di internet).....sungguh shialll.....kawan kawan ku semua bersuka ria dan saya struggle untuk tentukan masa depan....tidak apa lar pare....iyanya jugak untuk kebaikan ku....tapi masanya yang saya rasa sakit hati....sunggoh tidak kena dan sesuai...boleh mencetuskan g.kinabalu meletuskan larva yang terjeruk dalam perutnya...huhhhh.....sunggoooooh menyakitkan hati...

aku tengah dengar:
bulan 8 disandakan-gerodok
sebelumnya- neuroosi - rock against seija insonsaari
and Tragedy - plan of execution

sampingan:
myspace dan garu kepala

Friday, May 1, 2009

Selamat Hari Buruh untuk umat Buruh Seluruh Dunia

Selamat Hari Kebangkitan para Buruh...saya tidak katakan iya pekerja sebab pekerja satu istilah yang luas...golongan profesional jugak pekerja....tapi mereka tidak merasakan kepayahan seperti buruh rasakan... Saya Quote dari SMS kawan saya Richie SMS yang dia hantar seawal pagi tadi "Berfikir....melangkah bersama....satukan komuniti" Happy May Day ia sesuatu yang mendalam... musnah kan sistem yang menindas para buruh....buruh ada lah penggerak utama...buruh menyenpurnakan sesuatu....buruh mengorbankan dirinya demi satu sebab....untuk terus hidup.....bukan mahu diperhambakan....


Seperti tahun lalu...Hari Buruh kami sambut...komuniti dari pelbagai daerah datang ke kota kinabalu...tapi pada tahun ini seperti tidak ada perancangan berlaku....why....i dont know...saya hanya duduk di kerusi dan menaip....seperti globalisai makin diterima....mungkin....

last word.....Globalisasi penyebab kesengsaraan semua buruh....halang globalisasi dari berlaku...

p/s saya belum lagi tergolong dalam class buruh....

Sunday, April 19, 2009

7 sekawan gila di TANAH PERKUBURAN

Saya baru sahaja balik menjejak kaki ke KAMPUNG HALAMAN setelah 2 BULAN lebih di daerah lain...saya terasa sangat AMAN SEKALI... seperti selalunya saya tidak akan terus balik ke rumah untuk berehat atau pun bersantai leka dengan sigup era di kaki lima rumah....Saya langsung melepak bersama teman yang lain di biliard si angkol....pada ketika itu saya masih ingat lagi yang cuma saya ada di biliard...saya tercari cari di manakah kawan kawan yang lain...rupanya mereka masih di lamun mimpi di rumah.....arrrhhhhhhhhhhhh fuck apa ne....panjang jua cerita....skip cerita selepas saya sampai keningau.....terus ke cerita malam hari....seperti biasa saya dan kawan kawan akan menghabiskan masa stay cerita cerita di warung yang buka sehigga jam 12 malam.....cerita dan terus cerita (quote MARJINAL) seperti biasa mesti ada yang mulakan "STREET KITA"....bah part collect mengollect duit....seorang 5 ringgit seramai 7 orang.......pada mulanya kami ingin ber"STREET" di rumah member yang bernama HAYATULLAH sperti selalunya.....tapi dia terlibat dengan satu camping scout di TAMAN BANDUKAN....lantas kami tidak jadi untuk ber"STREET" di rumahnya....( bagi yang mengikuti blog saya ini mesti sudah sedia faham dengan istilah "STREET" tanpa pening kepala ) saya tidak mo explain apa itu istilah street bagi kami.....berbalik kepada cerita....kami membuat keputusan untuk ber"STREET" di taman perumahan tempat kawan yang bernama RICHIE.....setelah selesai membeli apa yang patut dan pancingan kami lantas bergerak.....saya menggunakkan kembara dan seorang kawan lagi yang bernama HERRY membawa ATOP kesayangannya menuju ke taman perumahan tempay tinggal RICHIE....sesampai sahaja kami yang berkekuatan TUJUH orang....saya, RICHIE, HERRY, ZUL, BILLIE, ALVIN dan AZRIE terus memulakan acara.....cerita dan terus cerita....sekali lagi (quote from MARJINAL) zul membuka cadangan untuk pergi mengatasi ketakutan dengan melawat sahabat halus di KUBURAN....kami semua setuju walau pada mulanya ada yang tidak setuju dengan meneruskan sahaja ber"STREET" di tempat lain....tapi sokongan majority tetap di ambil kira... 2 ekor munkee tidak setuju dan berkeputusan untuk tunggu sahaja di luar kawasan PERKUBURAN.....setelah selesai berMUSHAWARAH...kami lantas bergerak berbekalkan keberanian hasil dari ber"STREET"....kami decide untuk pergi ke kuburan yang terGORE di keningau iaitu TANAH PERKUBURAN ISLAM KG KAURAN di mana semua penduduk di perkuburan itu mati pelbagai cara....kemalangan ngeri, mati bunuh diri, mati lemas, banjir greg, dan ada jugak yang mati di tanduk kerbau ( menurut cerita kawan dari KG KAURAN ).... setelah sampai di tempat yang di tuju kami langsung berjalan seperti biasa menaiki bukit....menuju ke TANAH PERKUBURAN perlu mengerah tenaga yang lebih kerana tempatnya terletak di atas bukit... dalam perjalan di kaki bukit...kami belum merasai apa apa...berbekalkan rokok kami terus berjalan....sesampai di pertengahan jalan masing masing sudah menampakkan perlakuan yang ganjil....semua berhenti bercakap dan bunyi gonggongan anjing kedengaran dari bawah bukit....semua diam dan terus melanhkah....ruuuuupppppanya setelah sampai di atas...tanah perkuburan itu terlihat terang benderang hasil dari cahaya bulan penuh....ketakutan reda sebentar....kami berhenti di pondok menunggu untuk merasai perasaan takut itu sendiri...tetapi perasaan takut itu tidak uncul di sebabkan cahaya bulan yang terang...kami langsung membuat keputusan untuk pergi ketengah tengah kawasan perkuburan...kami berjalan melintasi kuburan kuburan lama....terlihat ada satu kuburan baru...terbukti kerana masih ada tenda terpasang....kami ignore kuburan itu dan terus ketengah....sampai di tengah kami duduk....dengan kekuatan LIMA ORANG kami duduk diam sebentar.....teeeettttaaaaaappi....secara tiba tiba.....member yang bernama alvin membuka cerita politik....hahahahahaha adakah di kuburan cerita politik...kami bercerita dan terus cerita seperti tempat itu bukan kuburan....kepala masih kick....20 MINIT kemudian 2 ORANG member yang pada mulanya tidak ingin ikut serta naik berdua....dan berteriak kuat....BODOHNYA mereka ini...hahaha....sekarang kami berkekuatan 7 orang...politik dan terus politik....semuanya budak punk yang gila...mengatasi katakutan di kediaman makhluk lain tapi cerita politik....hancur.....selama hampir 1JAM....tiada perkara yang berlaku...dan kami akhiri cerita kami dan berangkat turun kebawah meninggalkan KAWASAN TANAH KUBURAN itu....terima kasih kerana tidak ada perkara buruk yang berlaku...kami ke restauran cina unutk makan dan masing masing balik kerumah dengan perasaan yang masih kebingungan...tidak tahu kenapa.....cerita ini berakhir apabila saya kembali semula ke daerah lain.......TERIMA KASIH KEPADA 7 KAWAN KAWAN KU YANG GILA.........

Saturday, April 4, 2009

cinta and kawan

Love and Friend....

Aku rasa perasaan berkawan lebih seronok dari perasaan bercinta...
whats your oppinion??

Aku rasa selisih faham dengan kawan lagi selesa dari selisih faham dengan pasangan bercinta..
whats your oppinion??

Aku rasa lebih senang untuk menerima kawan dari menerima cinta atau membalas/di balas cinta...
whats your oppinion??

Masa di luang kan lebih seronok jika bersama kawan dari dari bersama cinta...
betulkah??

Cinta boleh menyebabkan kita hilang kawan...
Kawan boleh menyebabkan kita hilang cinta...
Cinta boleh menyebabkan kita melakukan perkara yang bodoh...
kawan boleh menyebabkan kita senang tanpa melakukan perkara yang bodoh...
Aku ada perasaan cinta....Aku mempunyai perasaan berkawan yang kuat....
Aku selalu tinggalkan cinta demi kawan...zalim kah aku terhadap cinta... atau adakah aku ini seorang yang kawan yang senang untuk kawan kawan yang lain...zalim ka aku kepada diriku sendiri???

Ada prasangka di dalam percintaan....kepercayaan tidak 100%...
Ada simboliknya dalam percintaan.....kepercayaan idak 100%...
Ada senang dan indahnyanya dalam percintaan....tidak jugak 100%
Kawan menggarisi kepercayaan...tidak semua kawan boleh dipercayai...
Kawan melintasi hampir separuh jalan hidup....tidak semua kawan disisi setiap masa...
Kawan mengharungi segala manis hidup....adakah aku merasainya....adakah aku memahami cintaku...adakah aku cukup sempurna untuk berteman dan bercinta...adakah aku bersedia untuk serius menjalani hidup dengan cintaku atau terus di jalanan bersama kawan kawan.....

Aku selesa dengan cintaku dan berkawan.....
gantungnya hidup demi semua ini....
bilakah masa untuk aku fikirkan tentang diriku sendiri....


Untuk Cinta dan Kawan
+boy mijul mojas+



playlist:
marjinal- cinta pembodohan, imagine(bebaskan)
agnes monica- tanpa kekasih ku

Others:
myspace

Friday, March 27, 2009

Falsafah John Lenon Copy From WarongPakyeh

Lagu "Working Class Hero" oleh Jon Lennon adalah mesej kebenaran politik kerajaan baik Kapitalist mahu pun Communist/Socialist.
Kenapa kita mesti pergi sekolah dari kanak2 hingga dewasa ? Kenapa begitu lama sekali,hingga mencecah 25 tahun apabila kita dapat degree kita ?
Jika saya mahu menjadi seorang petani, perlukah saya belajar hingga umur 25 tahun hingga saya dapat ijazah saya ?
Jika saya mahu jadi jurutera,perlukah saya belajar hingga 25 tahun hingga saya dapat ijazah saya ?
Begitu juga pemuzik,pelukis,arkitek,doctor ,nelayan dan sebagainya.

Hakikatnya adalah tidak perlu belajar hingga 25 tahun. Orang dulu cuma belajar "read, write dan arithmatic" (3R) sahaja. Selepas itu mereka berkerja sebagai apprentice kapada enjineer,arckitect,doctor dan sebagainya. Setelah habis apprenticeship mereka menjadi enjineer,architect,doctor dan sebagainya.
Kerajaan sekarang cuma mahu memberikan gaji pada guru2 yang telah di berikan perkerjaan. Guru2 pula menjadi "working class hero" atau "government servant"(hamba kerajaan)yang kerajaan janjikan.Tujuan guru2 pula adalah untok jadikan rakyat semua working class hero/government servant/hamba kerajaan .Maka perhambaan rakyat adalah tujuan sebenar kerajaan.Ini adalah deen/agama/culture British Capitalist. Perhambaan manusia dengan duit kertas adalah tujuan asal Bankers dan Kerajaan sekarang.
Bankers dan kerajaan dan ahli agama bersekongkol untok perhambakan rakyat.Maka sebagai rakyat deen/agama British Imperialism semua rakyat perlu di perhambakan dengan perkerjaan.Hamba2 ini di letak dalam penjara bernama Kerajaan dan Industri. Waktu kerja menjadi rantai2 yang perhambakan rakyat.

Waima John Lennon inginkan rakyat "think outside the box" dan membebaskan diri dari perhambaan ini. Menjadi pemuzik tidak perlu 25 tahun di bangku sekolah. Menjadi petani tidak perlu 25 tahun untok jadi petani. Menjadi jurutera tidak perlu 25 untok jadi jurutera.
Rakyat perlu bebaskan diri dari perangkap kerajaan yang mahukan kita membazir masa yang lama dan wang yang banyak supaya guru2 di sekolah dapat di gajikan dan rakyat makin banyak di hambakan sebagai Government servant,ataupun Industri servant .

Sila dengar falsafah John lennon ini yang di lagukan bertajuk "Working class Hero".

follow this link http://warongpakyeh.blogspot.com/2009/02/falsafah-john-lennon.html untuk dengar lagu "working class hero"

komentar:

kita memang sudah diperhambakan sejak kita memijakkan kaki ke sekolah pertama kita.....
peace
+boy+

playlist:
blog c yan
hark! - menjual daki di pasar malam kuahaha
tragedy - the day after
melly goeslow - paling tidak

Thursday, March 19, 2009

apa???

Apa akan jadi jika kita terus melangkah kehadapan?

Apa akan jadi jika kita berhenti di tengah dalam perjalanan?

Apa akan jadi jika kita terus makan?

Apa akan jadi jika kita tidak makan?

Apa akan jadi jika kita terus berseorangan?

Apa akan jadi jika kita tidak bercakap?

Apa akan jadi jika kita terus bercakap?

Apa akan jadi jika kamu terus mengetahui?

Apa akan jadi jika kamu teruskan untuk tidak ingin mengetahui?

Apa akan jadi jika yang miskin terus miskin?

Apa akan jadi jika yang memerintah terus memerintah?

Apa akan jadi jika orang terus memberontak?

Apa akan jadi jika kita terus tersenyum?

Apa akan jadi jika orang terus bersembunyi?

Apa akan jadi jika lirik terus dinyayikan tanpa melodi?

Dan apa akan jadi jika saya terus menaip?

Is it true this is abaut me??

keningau daerah fighter, Malaysia
Aku tetap aku....aku sebenarnya jarang becakap dan lebih memilih untuk mengamati,mendengar dan membuat kesimpulan di dalam otak aku sendiri....dan kalau aku ada mood untuk menulis, page ini lar yang akan jadi mangsa dengan penulisan hancurku..kalau tidak ada aku akan biarkan iya berlalu kerana aku juga tidak berapa suka dengan bebanan menaip...aku cuma akan bercakap untuk memberi idea tambahan dan mungkin dalam ketika aku separuh sedar kerana alcohol dalam badan...