Saturday, August 27, 2011

Sumber mana yang betul.. sumber bercetak Keratan akhbar atau sumber internet Blog

Hari kelmarin saya secara biasanya akan membelek surat khabar...tidak lain dan tidak bukan harian metro dan sabah times untuk mencari berita berita lawak yang di publikasikan di keratan tersebut untuk menggelikan hati saya sendiri...terus terang...semakin hampir pilihan raya umum..semakin giat para sekutu kerajaan untuk meracuni pemikiran rakyat supaya jangan mempercayai sumber dari internet..sumber sumber seperti blog dan facebook..dan ini bermaksud sumber (menurut si sekutu kerajaan) yang bernas untuk dipercayai adalah media massa sedia ada seperti tv1 tv2 tv3 dan tidak diketepikan sumber alternative dari piring lengkung astro...saya semakin muak dengan kata kata yang kononnya sumber internet seperti blog dan facebook itu hanyalah fitnah dan tidak boleh dipercayai serta ianya hanya untuk meracuni pemikiran rakyat...padahal sumber sumber media massa yang sedia ada yang menjadi sarapan pagi makan tengah hari dan makan malam seharian seperti surat khabar dan channel televisyen juga sama seperti sumber sumber dari internet yang meracuni pemikiran...tiada bezanya...bezanya hanyalah pada para pembaca dan penonton...hendak dikatakan sumber blog dan facebook itu benar tidak jugak...kerna kebanyakannya sumber sumber yang dipublikasikan itu hanyalah untuk saling menjatuhkan...kerajaan..menggunakan media massa seperti tv3 untuk meracuni pemikran rakyat...pembangkang menggunakan sumber internet juga untuk meracuni pemikiran rakyat...kerajaan dengan utusan melayu berita harian dan tv3...pembangkang dengan harakah suara keadilan dan internet (blog facebook)....ianya sama sahaja....dan seperti yang saya katakan...sumber mana yang betul...ianya adalah hak rakyat sebagai pemerhati untuk memilih sumber mana yang perlu dipercayai...kerna itu adalah persaingan (politik pada pendapat saya) ...saya teringin sekali hidup dizaman dahulu seperti pak hishamudin rais pernah ceritakan dimana hak penulisan perkongsian pendapat dan publikasi adalah bebas dan tanpa sekatan...ianya seperti lagi murni berbanding dari sumber informasi sekarang kerana ia di pecahkan menjadi fitnah dan satu lagi...juga fitnah...bukan tidak boleh dipercayai...tapi sukar untuk dipercayai kerana setiap sumber informasi yang di pubikasikan itu semata2 untuk menjatuhkan yang sedang berkuasa mahupun yang ingin berkuasa...dan konklusinya...berhentilar berkata lawak tentang sumber informasi para pemimpin (kerajaan/pembangkang) sekalian...lakukan secara BERSIH..berhentilar mengatakan yang sumber internet itu meracuni...kerana kata kata kamu jugak secara tidak langsung bertujuan untuk meracuni...tiada beza...

1 comment:

Is it true this is abaut me??

keningau daerah fighter, Malaysia
Aku tetap aku....aku sebenarnya jarang becakap dan lebih memilih untuk mengamati,mendengar dan membuat kesimpulan di dalam otak aku sendiri....dan kalau aku ada mood untuk menulis, page ini lar yang akan jadi mangsa dengan penulisan hancurku..kalau tidak ada aku akan biarkan iya berlalu kerana aku juga tidak berapa suka dengan bebanan menaip...aku cuma akan bercakap untuk memberi idea tambahan dan mungkin dalam ketika aku separuh sedar kerana alcohol dalam badan...